Pompuan berkereta honda yang hampeh
Tuesday, January 29th, 2008Nie nak citer pasal peristiwa masa aku balik keje..
One day, cam biasa aku balik keje naik bas dengan memikul satu beg besar kat belakang… Beg yang aku kira boleh menyebabkan bahu aku jatuh sebab saiz lebih besar dari badan aku sendiri…
Masa tue hari hujan renyai2… dalam bas tak dapat tempat duduk, so berdiri ler aku ngan beg besar tue… kalo kat p.j waktu balik paham2 jer la jamnya… perjalanan yang sepatutnya 15 minit jadi satu jam. So, bila sampai kat tempat aku patut turun, aku pun turun…
Jalan skit jer, pastu kena melintas ke seberang jalan.. Oleh kerana jalan jem teruk, keta pun bergerak perlahan2… so, bila nampak ada orang tengah nak seberang jalan, diorang benti ler sat..KECUALI sorang pompuan chinese yang berkereta honda nie…
Melampau tahap tertinggi…time aku dah separuh jalan betul2 depan keta dia, tiba2 dia tekan minyak. masa tue aku betul2 depan kereta dia, dan dia langsung tak de initiatif nak perlahankan kenderaan dia.. Nasib baik aku pakar dalam bab2 lompat-melompat nie.. Sempat la melompat, tapi terkena skit la gak… N, aku terlompat kat keta orang lain… Hiii… napa la aku tak terfikir time tue untuk ketuk keta dia ngan payung, pastu lari… Geram jer tengok muka selamba dia…. Hiiiiii…..geramnyaaaaa!!!!!!!!!! Akhirnya ari nie aku berjalan terdengkot2 sebab kaki still sakit lagi… (hmmm…mungkin leh jadi pelakon stunt nie..)