citer IT

January 14th, 2008 by aliaaiman

Tiga malam yang sudah rumah aku bergegar dengan jeritan orang pompuan… Jeritan sapa tue? Hantu? Hohohoooo…No..no..no.. Bukan mendalah tue, tapi penghuni rumah tue sendiri termasuklah aku… Mesti pening kepala jiran sebelah rumah kitorang ngan jeritan kitorang… Puncanya tak lain dan tak bukan… Tengok citer antu…Hiihiiihiiihiii…

Mula2 tue tengok citer Jangan Pandang Belakang (senak la gak perut bila certain part tue), Pastu tengok citer Puaka Tebing Biru (ngantuk giler…) and dua malam lepas tengok citer IT.. Bukan citer tentang Information Technology, but yang nie citer tentang hantu badut tue…

Citer nie first time aku tengok masa aku kecik2 dulu, darjah 6, masa tue baru balik dari kelas tambahan UPSR waktu malam… Lepas2 tengok citer tue aku terus benci ngan badut sampai la sekarang… Pendek kata tak leh nak geng ngan mana2 badut… Fuh, dahsyat giler penangan citer tue kat aku…Tapi bila dah besar nie, tengok balik citer tue, takut ada la jugak, lawak pun yer gak…

Lepas nie tengok citer fready kruger(tak tau nak eja)…Yang nie satu hal gak…Citer yang menyebabkan aku takut nak tido masa kecik2 dulu… sebab diakan bunuh orang dalam mimpi…Tapi..zaila..takut2 pun tengok gak…

kerja..kerja..kerja..

December 4th, 2007 by aliaaiman

Dah dua tahun rupanya aku keja kat company bos aku nie… kengkawan sumer ok..best.. sporting…n sekepala.. best giler…

minggu lepas aku dah anta surat resign…mula2 sayang nak tinggalkan company lama nie, tapi bila pikir2….  the best way, kuar… orang kata "jauh perjalanan, luas pemandangan..(iyo ko?)" what ever…

so, bulan satu nie aku  start keje di tempat keje…company baru tue nama dia (*****)… and, ari isnin lepas merupakan last day aku kat company lama aku….huhuhu…

sebulan la tak keje… bila bangun pagi, fikir…apa aku nak buat ari nie? aktiviti apa aku nak buat… jengkoi…

Lagu senyum..

November 13th, 2007 by aliaaiman

Senyum seindah suria
Yang membawa cahya
Senyumlah dari hati
Duniamu berseri

Senyum umpama titian
Dalam kehidupan
Kau tersenyum ku tersenyum
Kemesraan menguntum

Senyum… kepada semua
Senyumanmu amatlah berharga
Senyum… membahagiakan
Dengan senyuman terjalinlah
Ikatan…

***sebelum nie tak pernah nak ambil kisah pasal lagu nie…

Tapi lepas kem motivasi kat gua kelam beberapa tahun lepas, aku suka ngan lagu nie…

Sibuknya kita…

August 23rd, 2007 by aliaaiman

Sibuknya kita…

Sentiasa sibuk mengejar kekayaan di dunia sampai lupa matlamat di akhirat…

Sentiasa sibuk menghafal perjalanan hidup artis2 sehingga lupa perjalanan hidup nabi sendiri…

Sentiasa sibuk membaca dan memahami novel2 sehingga lupa untuk membaca dan memahami ayat2 Allah…

Sentiasa sibuk berjuang untuk company sehingga lupa berjuang untuk Allah…

Sentiasa sibuk merasa kita hebat hingga lupa kita nie sebenarnya hanya hambaNya…

Oleh itu, sedarlah diri…

3G vs 5G

June 14th, 2007 by aliaaiman

Sekarang nie heboh pasal pompuan 3G. Biasa kalau kat tv 3R, tapi skarang nie 3G. Gs yang dimaksudkan tue Gebu, Gemuk, Gempal. Sesetengah lelaki akan gelak ler. kalau nampak pompuan gemuk skit jer, "wei, wei, 3G!". Whatever… Tapi pagi tadi dengar rancangan di Era, ada sorang pendengar cakap kalau pompuan 3G, lelaki pulak 5G.. 5G yang dimaksudkan tue, Gebu, Gemuk, Gempal, Gendot dan Gondol. Ye tak ye jugak, kan… Tapi, macam berlawan ler pulak… Sapa paling banyak G…

kenduri oh kenduri….

June 4th, 2007 by aliaaiman

minggu lepas banyak sungguh kenduri kawin, termasuklah kenduri kawin di rumah aku… Sapa yang kawin yek?? Hmmm… not me, but my sister… maka bertambahlah sorang lagi ahli keluarga en.sabri… orang kedah… maka terjadilah kutub utara, kutub selatan… pecah tradisi kak aku nie, sebab menantu yang lain sumer orang johor…

Masa balik dari kampung tue (dalam bas), aku terfikir, sorang demi sorang abang2 dan kakak2ku berkahwin, dan akhirnya semua peng’cover’ aku dah kawin… hehehe, macam lagu sepuluh budak hitam tue… tapi yang nie lapan anak pak sabri…

Aku, Aunty dan Bas…

May 28th, 2007 by aliaaiman

Al-kisah…. cerita nie tentang bas yang aku naiki skarang nie… Minggu lepas, as usual, pukul 6 aku balik dari kerja… biasanya pukul 5.45 aku dah lesap dari office… dan macam biasa berjalan kaki ke bas stop… masa tue tersekali ngan ada sorang aunty yang biasa naik bas skali ngan aku… on the way nak sampai ke bas stop, bas sampai… kitorang tak sempat nak berlari ke bas stop, so tahan ler kat tepi jalan raya tue, tapi pemandu bas tue just jeling jer dan buat ‘donno’… kami pun terus ke bus stop… sambil tunggu tue, aunty tue cerita sebelum nie dia pernah naik bas tadi tue and dia cam ler muka pemandu tue… pernah sekali, pemandu tue berhentikan bas kat tepi jalan dan jerkah penumpang2,"tak puas hati datang depan ler…" tak pasti apa yang buat dia marah sangat (mungkin tengah tension kot..)… tapi sebagai pemandu bas, jangan ler macam tue dengan penumpang… nasib baik aku tak de dalam bas, kalo ada… lomah sondi lutut den…

Pelajar tua…

May 20th, 2007 by aliaaiman

Hari Ahad lepas aku baru masuk kelas maintenance untuk kelas mandu…. Haaaa…rasa malasnyer nak pegi, tapi aku pegi jugak… kalau tak, sampai ke tua aku tak de lesen (ini pun dah nak masuk tahap orang tua).. Dan bila sampai kelas, tengok muka sumernya muka budak2 lepasan spm… Rasa segan pun ye jugak..dalam ati, ooohhh, sekali lagi aku menjadi pelajar tertua dalam kelas ku… Tapi, sampai bila nak segan,kan… Kalau Segan, duduk Bagan… Nak tak nak, kena hadapi juga… Tetiba masa nak mula kelas, masuk ler seorang makcik dalam usia 30 something… Masa tue aku tersengih sikit, rupanya ada lagi yang lebih tua dari aku baru nak amik lesen.. Dia tak rasa malu, napa aku nak malu, kan….

moral of the story:-

1. Tok sah malu kalau nak belajar… (kalau ada rasa malu jugak, bebanyak ler bersabar..)

Kenangan masa peperiksaan

May 14th, 2007 by aliaaiman

Pagi nie dengar Pagi Di Era… Topic dia Kenangan semasa peperiksaan… Tiba2 teringat kenangan sendiri masa periksa… macam2 ada… tapi yang paling aku ingat masa periksa BEL*** (tak ingat BEL aper…tapi BEL en. Asri ler…)..tertidur punye pasal, aku terlambat datang ke tempat peksa… oleh sebab kalut sangat, aku tak perati tulisan kat luar kelas tue, dan dengan confidennye masuk dan duduk kat salah satu meja kat situ… tak lama lepas tue aku pelik napa lecturer aku tengok pelik kat aku… aaahhh, pedulikan ler… maybe sebab aku datang lambat kot… tapi masa tengah dalam waktu periksa tue baru aku perasan, napa tak nampak langsung muka member satu kelas ngan aku… sorang pun tak de… dan, bila pandang ke papan itam, baru aku perasan… ooohhhh nooooo….aku dah tersalah masuk tempat periksa… kertas yang sama tapi group yang berbeza…

moral of the story:- lain kali tulis jadual peksa, bukak mata luas2…  jangan lambat masa datang peksa, nanti kalut…